Image Effect

DANANG-HOI AN-BANA HILL 5H4M

Gambaran Perjalanan

  • Tempoh:5 hari 4 malam
  • Jenis Pelancongan:Pakej Pelancungan Tempatan, Pakej Utama
  • Bahasa:Pemandu Pelancong Berbahasa Mandarin
  • Nombor Kumpulan:VN-DANANG-5D4N
  • Penerbangan Pergi:KUALA LUMPUR - DANANG AK 648 (TIME 10:30 - 12:05)
  • Penerbangan Pulang:DANANG - KUALA LUMPUR AK 649 (TIME 12:35 - 16:20)

Sorotan Perjalanan

  • DANANG
  • HOI AN
  • BANA HILL

Termasuk/Tidak Termasuk

  • Penginapan hotel bertaraf 4 bintang (berkongsi bilik Twin/Triple)
  • Hidangan makanan (mengikut jadual perjalanan)
  • Pengangkutan tempatan (bas / van mini) berserta pemandu
  • Pemandu pelancong atau pemandu profesional berbahasa Mandarin (termasuk ganjaran (tipping)).
  • Pemandu pelancong berbahasa Mandarin akan ditugaskan sepanjang tempoh lawatan. Sekiranya memerlukan pemandu pelancong berbahasa Inggeris, permohonan boleh dibuat namun ia tertakluk kepada kekosongan serta dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM135 sehari.
  • Melawat tempat menarik
  • Pengangkutan ke/dari lapangan terbang tempatan (mengikut jadual perjalanan)
  • Tiket penerbangan
  • Visa (jika diperlukan)
  • Insurans Pelancongan
  • Lawatan Pilihan (jika ada)

Aturcara Perjalanan

MUAT TURUN PDF

Hari 1

Disambut oleh pemandu pelancong tempatan kami. Bertolak ke Hoi An, kemudian melawat Kota Purba Hoi An - Jambatan Jepun, dan masa lapang di Jalan Purba Hoi An. Makan malam di restoran tempatan Hoi An.

Hari 2

Selepas sarapan pagi, melawat Miyama Holy Land. Pelancong boleh melihat Tokong Purba dan Bangunan Purba yang dibina 1,000 tahun dahulu. Selepas makan tengah hari, pelancong boleh meluangkan masa lapang dengan mengunjungi kafe / bersantai di pantai / berenang di hotel / merasai pengalaman urutan gaya Vietnam.

Hari 3

Selepas sarapan pagi, teruskan perjalanan ke Kampung Kelapa Cam Thanh, menaiki bot dan menikmati pemandangan gaya hidup tempatan Hoi An serta keindahan Kampung Kelapa. Kemudian, menaiki Bot Buluh & menikmati demonstrasi kayuhan bot yang menarik. Teruskan perjalanan ke Gunung Son Tra, melawat Patung Dewi Keamanan Laut (Sea Goddess of Mercy), Gunung Lima Elemen (Marble Mountains), dan Kampung Seni Ukiran Batu.

Hari 4

Selepas sarapan pagi, teruskan perjalanan ke Bukit Ba Na, Perkampungan Perancis (dengan kereta kabel), Taman Tema, dan Jambatan Emas yang terkenal.

Hari 5

Selepas sarapan pagi, melawat Muzium Arca Cham, kemudian bertolak ke lapangan terbang.

Anda mungkin juga suka…