You may check out all the available trips and book one that suits you.
Continue Browsing TripsSetibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu (TFU), anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan di pintu keluar lapangan terbang dan seterusnya dihantar ke hotel untuk mendaftar masuk.
Selepas sarapan, lawati Huanglongxi Ancient Town (lokasi tular media sosial), Jinli Ancient Street, Kuanzhai Alley, dan saksikan Sichuan Opera Face-Changing Show – Pertukaran Topeng. Pada waktu malam, nikmati lawatan melihat pemandangan bandar Chengdu dengan bas persiaran.
Selepas sarapan, bertolak ke Dujiangyan. Seterusnya, lawati Panda Valley, bergambar di Zhongshuge Bookstore, serta mengunjungi Science and Technology Museum, Panda Yangtianwo Square dan Guanxian Ancient Town. Selepas makan malam, nikmati pemandangan malam Nanqiao, diikuti dengan daftar masuk ke hotel.
Selepas sarapan, melawat Provincial Museum (ditutup pada hari Isnin). Seterusnya, melawat Chunxi Road, Taikoo Li dan Eastern Suburb Memory. Selepas makan malam, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.