You may check out all the available trips and book one that suits you.
Continue Browsing TripsSetibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, anda akan disambut mesra oleh pemandu pelancong tempatan sebelum dibawa menerokai Hanoi 【Old Quarter -36 Ancient Commercial Street】. yang meriah dengan warisan kedai tradisionalnya. Seterusnya, lawatan diteruskan dengan mengunjungi 【Temple of Literature】, sebuah kompleks bersejarah merupakan universiti pertama yang pernah ditubuhkan di Vietnam.
Selepas menikmati sarapan pagi, anda akan bertolak menuju ke Sa Pa dan menikmati makan tengah hari di sana sebelum memulakan lawatan ke tarikan pelancongan terkenal iaitu 【Cat Cat Village】, sebuah kawasan perkampungan yang kaya dengan budaya, tradisi, dan keunikan gaya hidup suku kaum etnik H'mong. Selepas makan malam, anda diberikan masa lapang sepenuhnya untuk bersantai, menerokai keunikan pasar malam tempatan, atau merasai kemeriahan deretan kafe dan bar di sepanjang jalan utama.
Selepas menikmati sarapan pagi, anda akan melawat Gunung Fansipan dengan kemudahan perkhidmatan kereta kabel dua hala serta kereta api mendaki gunung sehala yang sudah termasuk di dalam pakej, sebelum meneruskan lawatan selepas makan tengah hari ke 【Ham Rong Mountain】 dan 【San May】 (Cloud Yard) yang merupakan lokasi paling ideal untuk menyaksikan keindahan panorama menyeluruh bandar Sa Pa yang memukau.
Selepas menikmati sarapan pagi, anda akan bertolak ke Lao Cai untuk melawat Sempadan Vietnam-China (Sempadan Hekou) serta menerokai pasar tempatan. Seterusnya, perjalanan akan diteruskan menuju ke ibu negara Hanoi untuk aktiviti atau penginapan anda yang seterusnya.
Selepas menikmati sarapan pagi, anda akan melawat beberapa mercu tanda bersejarah penting di ibu negara termasuk Muzium & Kediaman Presiden Ho Chi Minh, 【Ba Dinh Square】, 【One Pillar Pagoda】, serta 【Presidential Palace】 yang memukau. Setelah selesai menerokai keindahan sejarah dan budaya tersebut, anda akan dihantar terus ke lapangan terbang untuk menguruskan urusan penerbangan pulang ke tanah air.