You may check out all the available trips and book one that suits you.
Continue Browsing TripsSetibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Gaoqi Xiamen (XMN), lawatan dimulakan dengan mengunjungi【Nanputuo Temple】yang berusia seribu tahun, menyusuri【Island Ring Road】yang berwarna-warni, bersantai di【One Country Two Systems' Beach】, dan diakhiri dengan jelajah malam di Kampung Budaya dan Kreatif Zengcuoan.
Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan dengan menyeberang ke【Gulangyu Island】(tidak termasuk tambang bugi pergi-balik), melihat Pameran Seni Bina Antarabangsa, melawat【Yuyuan Garden】, bersantai【Gangzaihou Beach】, dan membeli-belah di Jalan Longtou. Atur cara diteruskan dengan Lawatan Wajib mengunjungi【Old Courtyard Folk Customs Park】serta menyaksikan Pertunjukan Lagenda Fujian Selatan, sebelum bergerak melawat Kawasan Hijau Xiamen di Taman Paya Negara Teluk Wuyuan dan menyusuri jambatan titi Labirin Paya Bald Cypress.
Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan dengan mengunjungi【Quanzhou Minnan Carving Museum】,【Kaiyuan Temple】, Menara Timur dan Barat, serta【Wulin Ancient Village】. Seterusnya, perjalanan kembali ke Xiamen untuk sesi Lawatan Wajib menerokai【Zhongshan Road Pedestrian Street】.
Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan dengan mengunjungi galeri sutera, Kampung Sekolah Jimei,【Longzhouchi】,【Return Hall】, dan Bekas Kediaman Encik Chen Jiageng sebelum bergerak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gaoqi Xiamen (XMN) untuk penerbangan pulang.