You may check out all the available trips and book one that suits you.
Continue Browsing TripsSetibanya di Da Nang, disambut oleh pemandu pelancong tempatan, bermula dengan lawatan ke mercu tanda ikonik bandar iaitu Dragon Bridge yang terkenal dengan seni bina unik dan mempesonakan. Seterusnya, melawat Love Bridge yang direka berbentuk arka menghadap ke tengah Han River. Lawatan diteruskan dengan aktiviti membeli-belah di Han Market, Lotte Duty Free dan Helio Night Market. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Da Nang.
Melawat Marble Mountains termasuk gua semula jadi Huyen Khong Cave dan Am Phu Cave, diikuti Linh Ung Pagoda, Stone Carving Art Village serta Cam Thanh Village. Seterusnya bertolak ke Hoi An Ancient Town untuk melawat Japanese Covered Bridge, Quang Trieu Assembly Hall dan rumah-rumah kuno yang bersejarah. Bermalam di Hoi An.
Bertolak ke Ba Na Hills, sebuah resort terkenal di Truong Son Mountains dan menaiki kereta kabel terpanjang di dunia menuju ke French Village, Golden Bridge serta Fantasy Park. Seterusnya bertolak ke Hue dengan singgah di Hai Van Pass atau dikenali sebagai “Ocean Cloud Pass” untuk menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Bermalam di Hue.
Selepas sarapan, lawatan ke Dong Ba Market, pelayaran bot naga di Perfume River menuju ke Thien Mu Pagoda, dan meneroka Imperial City of Hue yang merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO. Selepas makan tengah hari, menikmati pengalaman menaiki beca di sekitar bandar Hue sebelum melawat Khai Dinh Tomb. Pada petang hari, bertolak kembali ke Da Nang dan menikmati makan malam Halal di restoran tempatan.
Selepas sarapan pagi, masa lapang sehingga tiba waktu pemindahan ke Lapangan Terbang Da Nang untuk penerbangan pulang.