You may check out all the available trips and book one that suits you.
Continue Browsing TripsTiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Bertemu dengan pemandu pelancong tempatan. Bertolak ke hotel. Makan malam di Halal Restoran Saigon. Bermalam di Ho Chi Minh City.
Selepas sarapan, melawat ke Independence Palace, Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon , Central Mosque (Musulmane Mosque). Makan tengah hari Halal di The Daun Restaurant. Melawat ke War Remnants Museum, Saigon Central Post Office, Ben Thanh Market. Makan malam di Halal Amin Restaurant. Terokai Bandar Ho Chi Minh pada waktu malam dengan Double Decker Bus (Bas Dua Tingkat). Bermalam di HCM.
Sarapan di hotel sebelum lawatan ke Cu Chi Tunnels untuk memahami sejarah Perang Vietnam melalui penerokaan terowong, tayangan dokumentari dan pameran artifak perang. Selepas makan tengah hari halal, kembali ke Ho Chi Minh City untuk menikmati kopi Vietnam dan membeli-belah di Vincom Center serta Saigon Square. Hari diakhiri dengan solat di Jamia Al-Muslimin Mosque dan makan malam halal di Seri Penang Saigon Restaurant.
Bertolak ke My Tho untuk meneroka keindahan Mekong Delta, termasuk lawatan ke Vinh Trang Pagoda, pelayaran di Sungai Tien dan singgah di Phoenix Island. Menikmati makan tengah hari mesra Muslim, buah-buahan tropika, muzik tradisional, pengalaman menaiki sampan serta lawatan ke ladang lebah madu dan bengkel gula-gula kelapa. Kembali ke Ho Chi Minh City pada lewat petang, makan malam halal di Vitenam Delights Halal Restaurant dan meluangkan masa di Nguyen Hue Walking Street sebelum kembali ke hotel.
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat untuk penerbangan berlepas.